-
-

rajuk sepak takraw PSM

Friday, February 8, 2008 8:03
Posted in category arena sukan

Merajuk lagi?

Sebelum apa-apa rajuk yang payah nak pujuk. kita tengok dulu sepak takraw punya servis kuda lipat di sini. cara nak buat bola rotan atau nak buat bola sepak takraw atau asal usul sepak takraw kita cerita lain kali.

Cerita sepak takraw

Maklumat tambahan sepak takraw

Sepak takraw wikipedia

a_takraw_0528_time-dot-com.jpg

Bukan merajuk namun terkilan dengan penguasaan dan pengaruh mereka yang berat sebelah. Sepatutnya fikirkan cara nak menjadikan sukan sepak takraw itu lebih efektif dan berada dalam situasi menang-menang. Nampak sebijik macam kemenangan yang dirancang. Kenapa perlu tamak sangat nak menang?

Bukan sahaja Malaysia bahkan negara lain pun turut sama tidak puas hati dengan perkembangan yang berlaku. Lebih baik buat sukan sea asing-asing main sepak takraw sendiri-sendiri dan tak payah buat pertandingan apa-apa jika sekiranya kemenangan seperti dah dirancang.

Tahun ini mesti menang lagi. Berapa banyak mau menang? Dah tentunya 20 tahun berturut-turut tanpa kalah.

Bertahun-tahun menang untuk sepak takraw sahaja? Lebih baik buat pertandingan dalaman sahaja. Rasanya elok tak payah hantar lagi pasukan sepak takraw selagi adanya pengaruh berat sebelah tersebut.

============================================================harian metro======

Pantang undur

Oleh Lokman Zainal Abidin
lockman@nstp.com.my
BUKAN masanya lagi untuk kita terus mengalah. Itulah yang diluahkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan walaupun digantung, badan induk kebangsaan itu tidak mahu berundur dan tunduk dengan kehendak beberapa individu dalam Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf).

PSM yang kini dipimpin Datuk Ahmad Ismail, bertekad untuk tidak terus tidak mengalah dengan kehendak beberapa individu dalam Istaf kerana berpendapat Malaysia sudah terlalu kerap �dipermainkan� badan induk antarabangsa itu.

�Sejak sepak takraw diperkenalkan, kita sudah terlalu banyak mengalah dengan kehendak Thailand. Sekarang, beberapa individu dari negara berkenaan memegang jawatan tinggi dalam Istaf dan kita serta negara lain seakan-akan dipaksa mengikut saja kehendak mereka.

�Kita pernah mengalah apabila mereka mendesak untuk menukar nama sepak raga jaring kepada sepak takraw sedangkan kitalah pelopor sukan itu. Kita memutuskan untuk menggunakan gabungan perkataan dari Malaysia dan Thailand (sepak dan takraw) untuk menggembirakan hati mereka.

�Semua negara yang bergabung di dalam Istaf sudah menggunakan nama persatuan atau persekutuan sepak takraw tapi Thailand tidak pernah mahu menggunakan nama sepak sebaliknya mengekalkan nama Persatuan Takraw Thailand (TAT).

�Tidak cukup dengan itu, mereka pernah mengugut untuk menarik diri daripada menyertai Sukan Seap (Sea) jika kita menggunakan bola rotan tiga lapis sedangkan mereka mahu temasya itu menggunakan bola rotan selapis.

�Kita akur dengan kehendak mereka dan akibatnya, kita tewas pada Sukan Seap 1967 kerana tidak biasa dengan bola rotan selapis yang digunakan,� kata Ahmad.

Beliau berkata, setiap kali temasya Sukan Sea atau Sukan Asia mahu diadakan, Thailand akan sentiasa membuat pelbagai keputusan dan mahu semua negara lain di dalam Istaf bersetuju dengan keputusan yang tentunya memihak kepada mereka.

Sedikit masa lalu, Istaf pernah mengharamkan penggunaan servis kuda tapi secara tiba-tiba, servis berkenaan kembali digunakan dan servis itulah yang membuatkan mereka mampu mempertahankan kejuaraan Sukan Sea dan Asia selama lebih 10 tahun.

Selepas ditewaskan Malaysia pada Sukan Sea Manila 2005, mereka mula mencari kaedah lain untuk mengalahkan lawan dan hasilnya, Marathon Gen II diperkenalkan dan diguna pakai pada Sukan Sea Korat 2007 walaupun PSM membantah penggunaan alatan berkenaan kerana ia masih belum diluluskan Istaf.

Begitupun, apa yang dibangkang PSM itu tidak pernah dianggap serius oleh Istaf dan tiga surat bantahan yang dihantar oleh badan induk kebangsaan itu senyap begitu saja.

�Penggunaan Gen II bukan saja dibantah oleh Malaysia, tapi juga empat negara lain iaitu Myanmar, Vietnam, Brunei dan Indonesia. Malaysia adalah negara terakhir yang membantah penggunaan bola itu manakala Myanmar mula membuat bantahan rasmi pada Julai 2007.

�Istaf tidak mengambil inisiatif untuk mengadakan mesyuarat membincangkan bola berkenaan walaupun dibantah dan kami yakin sekiranya satu perbincangan mengenai penggunaan bola itu dapat diadakan, maka masalah begini tidak akan timbul.

�Oleh itu, kami tidak lagi mahu mengalah sebaliknya akan terus melawan kerana kami berpegang kepada prinsip berani kerana benar. Kami berani kerana kami mempunyai bukti-bukti yang cukup untuk mempertahankan dakwaan kami.

�Kami akan membawa perkara ini ke Mahkamah Timbang Tara (CAS) dan sudah tiba masanya kami bangkit mempertahankan kebenaran,� katanya.

=====================================================harian metro================

Dapatkan Info Percuma Terus Ke Emel anda
Sila register untuk mendapatkan info terkini ekslusif terus ke email anda. 
Name:
Email:
 
Powered by Optin Form Adder
Share and Enjoy:
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb
  • BarraPunto
  • BlogMemes
  • BlogMemes Cn
  • BlogMemes Fr
  • BlogMemes Jp
  • BlogMemes Sp
  • Blogsvine
  • blogtercimlap
  • Blue Dot
  • description
  • Bumpzee
  • Digg
  • description
  • description
  • eKudos
  • Facebook
  • Fleck
  • Global Grind
  • Google
  • Gwar
  • Haohao
  • HealthRanker
  • Hemidemi
  • IndianPad
  • Internetmedia
  • laaik.it
  • LinkArena
  • Linkter
  • Meneame
  • MisterWong
  • MisterWong.DE
  • Mixx
  • MyShare
  • N4G
  • NuJIJ
  • PlugIM
  • ppnow
  • Propeller
  • Rec6
  • Scoopeo
  • Segnalo
  • Slashdot
  • Socialogs
  • SphereIt
  • StumbleUpon
  • Taggly
  • Technorati
  • ThisNext
  • TwitThis
  • Webnews.de
  • Webride
  • Wikio
  • Wikio FR
  • Wykop
  • Xerpi
  • Yigg
  • blinkbits
  • Bitacoras.com
  • Blogosphere News
  • connotea

You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses to “rajuk sepak takraw PSM”

  1. titan says:

    February 8th, 2008 at 12:25 pm

    Aku dah tak tau nak cakap apa. Serahkan pada yang pakar. Kalau nk tanye cara2 nak dapat trafik..boleh la gak aku tulung2 jeling.. :mrgreen:

  2. deennasour says:

    February 8th, 2008 at 8:43 pm

    Malaysia boleh!!!!
    kita boleh menang!!
    ayuh2,,jangan mengalah~
    Sepak Takraw kita punya~!!!

  3. allia najwa says:

    February 24th, 2008 at 5:58 pm

    ello.,
    jom lah gie mengundi..

  4. mujin says:

    October 2nd, 2008 at 11:35 pm

    majukan sepak takraw malaysia!terbitkan satu rancangan khas utk pminat sukan ini demi maruah ngara kita!!!terutama golongan muda mcm kami…

  5. mujin says:

    October 2nd, 2008 at 11:41 pm

    lg 4 taun..suebsak ada psaing baru dari malaysia…smkbbsb punya tekong..MUJIN..

  6. amar says:

    November 27th, 2008 at 2:09 pm

    woii!!! aku ngan member aku minat sangat dlm sepak takraw tp dewan tak ada harap2 tolong buat dewan kat cendana ,taman rinting,masai,johor

  7. abdfatah says:

    November 27th, 2008 at 5:56 pm

    ko pergi laa tanya ahli jawatan kuasa taman rinting tu. ataupun wakil rakyat kat sana… telefon dewan bandaraya ke untuk tolong buatkan… ataupun buat pakatan dengan orang2 kat taman rinting tu untuk buat gelanggang sepak takraw… boleh??

  8. mutashim says:

    March 31st, 2009 at 4:32 pm

    ok le tu.

  9. BAGAK says:

    April 3rd, 2009 at 12:34 am

    dah lama tak main sepak takraw ni

  10. Persatuan sepak takraw malaysia says:

    June 23rd, 2009 at 4:25 am

    Skuad pelapis negara bakal di isi dengan kehadiran anak muda kelahiran selangor,muhamad tamujin yang juga merupakan tekong utama sekolah smkbbsb,Gombak.kehadiran pemain berusia 16 tahun ini dapat mengisi ruang yang telah ditinggalkan mohd khaizunuar akibat kecederaan.

  11. nizam says:

    October 27th, 2009 at 4:05 pm

    Saya nak tanya berkenaan dengan bekas pemain sepak takraw negara yang ke sukan sea thailand 1976 yang di wakili  azmi haron, wahab isahak dan lain2. Apa nasib meraka sekarang? Yang saya tau azmi haron & wahab isahak berada di taman indah, tanjong rambutan ipoh perak. 

Leave a Reply

Theme Distributed by Diet Plans and How to Pass a Drug Test