Penangan Populariti Upin dan Ipin
Thursday, April 23, 2009 17:44Populariti Upin dan Ipin telah diambil kesempatan untuk mengaut keuntungan oleh peniaga yang tak bertanggungjawab dengan membuat jualan baju upin dan ipin cetak rompak.
Peniaga ambil kesempatan populariti `Upin dan Ipin’
PUTRAJAYA: Populariti filem animasi kanak-kanak keluaran syarikat tempatan, `Upin dan Ipin’, yang mencatat kutipan lebih RM5 juta, cuba diambil kesempatan sebuah syarikat yang mencetak baju baju-T kartun animasi itu dan menjualnya secara terbuka di pasar raya di Lembah Klang.
Bagaimanapun, cubaan syarikat itu mengaut keuntungan mudah terbantut apabila pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), cawangan Selangor membuat serbuan di Shah Alam, selepas menerima aduan daripada penerbit filem itu, Les’ Copaque Production Sdn Bhd.
Dalam serbuan kira-kira jam 4 petang Isnin lalu, 100 helai baju-T bernilai RM1,500 dirampas dari sebuah premis di pasar raya besar di Seksyen 13, Shah Alam.
Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Roslan Mahyuddin, berkata syarikat terbabit akan didakwa mengikut Akta Hak Cipta 1987.
“Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan denda minimum RM2,000 atau maksimum RM20,000 bagi setiap helai baju-T yang dirampas,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, pihaknya akan terus menjalankan penguatkuasaan bagi membanteras pelanggaran hak cipta dalam usaha melindungi kepentingan semua pihak di negara ini.
Berita dari harian metro…
Apa cerita daaa mau ambil keuntungan atas populariti orang lain. Takder kerja lain ke nak kaut untung? Binalah populariti anda yang tersendiri jika mahu mengaut keuntungan yang lebih menguntungkan.

















































































Melayu Boleh Online says:
April 25th, 2009 at 10:25 pm
hehe…cara short-cut nak untung macam tu la…tak pun syarikat tu tak tahu tak boleh buat macam tu
pakteh says:
April 26th, 2009 at 11:50 am
Kat tempat aku pun ada t-shirt upin & ipin…banyak kedai yg jual… budak-budak kalau tengok t-shirt upin & ipin.. mesti nak.. kalau tak beli.. sanggup berguling-guling depan kedai tu.. satu teknik berkesan ! yg untung ialah taukeh maa…
titan says:
April 26th, 2009 at 3:43 pm
hoho. biasalah tu..nak cepat wat duit..
BAGAK says:
April 27th, 2009 at 10:40 am
kat pasar malam ramai yang jual
RM10 untuk satu pasang
Les’ Copaque Production Sdn Bhd boleh kaya lebih daripada RM5 juta kalau dapat saman semua yang menjual tanpa sah