Usahawan Cendawan Berjaya
Saturday, December 13, 2008 7:52Mereka berusaha dan mereka berjaya. Bagaimana dengan anda? Adakah anda betul-betul berminat untuk buat duit dengan cendawan? Atau mahu sertai skim jutawan cendawan? Sama halnya dengan usahawan ternakan kambing yang perlukan usaha yang lebih dan juga kerja keras yang berterusan dari semasa ke semasa. Bukan hanya mencipta angan-angan kosong semata-mata.
Tanaman cendawan.
Ini telah terbukti dengan gerak kerja mereka yang fokus dengan perusahaan tersebut. Kalo anda tidak fokus kepada tanaman cendawan yang anda usahakan tersebut sudah tentunya anda tidak akan mendapat hasil yang setimpalnya yang anda mahukan. Minat dan juga usaha yang gigih perlu ada untuk memaksimakan keuntungan yang anda mahu lipatgandakan bermula dengan fokus dan berjaya. Sekiranya anda mahu lakukannya secara serentak tanpa fokus yang bersungguh-sungguh sudah tentunya anda akan menemui kegagalan demi kegagalan. Maka fokuskannya dengan sebaik mungkin dengan tanaman cendawan sehingga berjaya.
Perniagaan cendawan.
Dengan adanya usaha untuk membina perniagaan cendawan yang berjaya sudah tentunya anda memerlukan fokus yang lebih. Menengokkan teori ringkas yang diperjelaskan oleh sepupu saya tempohari berkaitan perusahaan cendawan yang telah beliau usahakan secara kecil-kecilan ( masa hari raya korban ari tu berkesempatan membuat lawatan tak rasmi ke rumah cendawan yang beliau usahakan ). Siap sedia untuk dikutip hasilnya dan dijual kepada pemborong yang datang memborong cendawan yang telah siap dipetik. Beliau mengusahakan perniagaan tanaman cendawan secara kecil-kecilan sahaja buat masa ini. Potensi pasaran cendawan cukup luas. Namun kena ada minat yang tinggi ler. Jika tidak, anda akan kecundang dengan impian perusahaan cendawan tersebut. Berkenaan pemasaran kena berikan tugasan tersebut kepada orang lain untuk meraih keuntungan dalam bahagian pemasaran. Takkan semuanya anda nak buat semuanya sendirian. Outsource orang cakap…
Resepi cendawan goreng.
Kalo sudah bertandang ke rumah usahawan cendawan sudah semestinya akan terhidang cendawan goreng yang beraroma dan berkhasiat tersebut. Apa yang anda tahu berkenaan khasiat cendawan dan juga kesan sampingannya? Khasiatnya adalah dapat makan dengan berseleranya kalo dah kena goreng. Kesan sampingannya pulak adalah kalo dah goreng laju sungguh kehabisannya. Terpaksa ler kena goreng banyak-banyak. Nak tahu resepi cendawan goreng? Mari kita tengok resepi cendawan goreng sebagaimana berikut :
Mula mula sediakan periuk dan minyak masak.
Cendawan segar secukup rasa.
Tepung ayam goreng adabi.
Telur ayam dua bijik.
Lepas tu goreng aje laaa…
Sekian terima kasih
Mari kita jenguk bagaimana mahu menjadi usahawan cendawan yang berjaya…

















































































luvleey says:
December 13th, 2008 at 6:10 pm
Tang pasal cendawan goreng memang tak bley tahan wo, makan hari2 pun takper..
beduz says:
December 14th, 2008 at 6:30 pm
serius aku cakap cendawan goreng lagi best dari ayam kentaki di pasar malam..
abdfatah says:
December 15th, 2008 at 1:38 am
begitu sekali penangan cendawan goreng yer? lepas nih nak try buat jemput2 dan kerepek cendawan laa… keropok cendawan pun sodap wooo…
xmindfreakx says:
December 15th, 2008 at 9:24 am
cendawan goreng sedap beb…kena goring garing…
KampungBoy says:
December 15th, 2008 at 11:26 am
yang bagsunya kalau nak ternak sendiri pun cendawan., xsusah pun sebenarnya….Hoho
Cyza says:
December 15th, 2008 at 8:15 pm
memang sangat mengkagumkan. Aku memang ada hasrat dan keinginan utk buat perusahaan ber bau pertanian… dulu dah nyaris2 buat cili….pastu nak buat lembu, then kambing, then cendawan…tapi tak sempat bro….maklumlah makan gaji punya orang…sempat internet je la…ok la tu…rezeki pun ada…alhamdulillah…
abdfatah says:
December 15th, 2008 at 9:32 pm
menda nih kena fokus baru boleh buat dan berjaya… sebagaimana yang dilakukan oleh sepupu (merangkap sepupu laa… sepupu sabit) beliau buat secara kecil kecilan aje dan beliau adalah seorang guru.
pesan beliau yang paling utama adalah fokus. dan kalo semuanya kita nak buat sendiri kualiti kerja tak ada kualiti laa… kena buat outsource untuk membuka peluang kepada mereka yang mahu cari duit secara sambilan…
mendengarkan teori dari beliau berkenaan cendawan membuatkan anda terfikir dan termenung… bukan mudah kalo tidak fokus dan tiada minat yang tinggi…
mazuki selangor2u says:
December 16th, 2008 at 7:55 pm
itu la…cendawan goreng ni peberet gue
abdfatah says:
September 23rd, 2009 at 2:32 pm
jom buat duit lepas raya dengan perniagaan cendawan…
wan says:
October 20th, 2009 at 9:55 pm
projek cendawan memang hebat!..tahniah pada yang telah berjaya…gud luck!!