-
-

Ganjaran RM10,000 | Tangkap Ikan Arapaima Tasik Kenyir

Friday, July 3, 2009 10:26
Posted in category agrotek

Wanted!

Ikan Arapaima Gigas!

Ganjaran RM10,000 Tangkap Ikan Arapaima Di Tasik Kenyir

SETIU, 2 Julai (Bernama) — Kerajaan Negeri Terengganu menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang berjaya menangkap ikan Arapaima Gigas atau ikan naga di Tasik Kenyir.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata tempoh kebenaran menangkap ikan itu bermula dari sekarang sehingga 15 Ogos ini di seluruh kawasan tasik kecuali di kawasan yang telah diwartakan sebagai Taman Negara dan Santuari Kelah.

Ikan itu yang ditangkap hidup-hidup akan ditempatkan di Mini Zoo dan Taman Rekreasi di Bukit Takal, Kemaman sebagai tarikan kepada pengunjung, katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Katanya kaedah menangkap ikan Arapaima Gigas terhad kepada penggunaan joran dan kelili, dan setiap peserta mesti mengambil permit serta mematuhi semua undang-undang kecil berkaitan dengan aktiviti memancing di Tasik Kenyir.

Segala urusan memancing termasuk menyewa bot adalah di bawah tanggungan sendiri dan setiap peserta diwajibkan mendaftar dengan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bagi tujuan keselamatan, katanya.

Ahmad berkata walaupun Arapaima Gigas merupakan spesies ikan yang besar, ia tidak menyerang manusia, tetapi menjadikan ikan-ikan lain di dalam tasik sebagai makanan.

“Kita khuatir dengan adanya spesies ikan yang berasal dari Sungai Amazon ini, ikan-ikan lain akan kepupusan. Kita juga bimbang ikan ini akan membiak di Tasik Kenyir yang sedang kita bangunkan sebagai destinasi pelancongan perdana di Terengganu.

“Kita tidak tahu berapa jumlah sebenarnya ikan ini di dalam Tasik Kenyir tetapi kita perlu pastikan tiada ikan pemangsa di dalam tasik buatan manusia itu. Ikan toman juga adalah pemangsa tetapi ia tidak akan membesar seperti Arapaima Gigas,” katanya.

Beliau berkata ikan Arapaima Gigas boleh membesar sehingga 4.5 meter panjang dan mencapai berat sehingga melebihi 200 kilogram.

Menurutnya, di habitat asalnya di Sungai Amazon, ikan itu diburu menggunakan lembing dan rakyat tempatan menggemari ikan itu dengan menjadikannya makanan eksotik.

– BERNAMA

Tarikh tutup penyertaan untuk menangkap ikan arapaima gigas adalah pada 15 Ogos 2009.

Jom kita pi tangkap ikan arapaima nih. Dapat ganjaran rm10,000 woooo!

Subscribe to My Newsletter
Sila register untuk mendapatkan info terkini ekslusif terus ke email anda. 
Name:
Email:
 
Powered by Optin Form Adder
Share and Enjoy:
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb
  • BarraPunto
  • BlogMemes
  • BlogMemes Cn
  • BlogMemes Fr
  • BlogMemes Jp
  • BlogMemes Sp
  • Blogsvine
  • blogtercimlap
  • Blue Dot
  • description
  • Bumpzee
  • Digg
  • description
  • description
  • eKudos
  • Facebook
  • Fleck
  • Global Grind
  • Google
  • Gwar
  • Haohao
  • HealthRanker
  • Hemidemi
  • IndianPad
  • Internetmedia
  • laaik.it
  • LinkArena
  • Linkter
  • Meneame
  • MisterWong
  • MisterWong.DE
  • Mixx
  • MyShare
  • N4G
  • NuJIJ
  • PlugIM
  • ppnow
  • Propeller
  • Rec6
  • Scoopeo
  • Segnalo
  • Slashdot
  • Socialogs
  • SphereIt
  • StumbleUpon
  • Taggly
  • Technorati
  • ThisNext
  • TwitThis
  • Webnews.de
  • Webride
  • Wikio
  • Wikio FR
  • Wykop
  • Xerpi
  • Yigg
  • blinkbits
  • Bitacoras.com
  • Blogosphere News
  • connotea

You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Ganjaran RM10,000 | Tangkap Ikan Arapaima Tasik Kenyir”

  1. safar says:

    July 4th, 2009 at 9:00 am

    apalah salah ikan tu.

Leave a Reply

Theme Distributed by Diet Plans and How to Pass a Drug Test