About Me

3

Perihal saya

Nama saya Wan Abdul Fatah. Lokasi tempat tinggal di negeri Kelantan.

Adik beradik 7 orang aje. Saya ni anak sulung.

Kerja saya: saya bekerja sendiri dan dalam usaha membina perniagaan sendiri. Sebenarnya masih dalam perancangan semenjak blog ini diwujudkan. Perancangan kena ada. Baru boleh berniaga betul2.

Alahai perancangan demi perancangan….

Menulis secara sukarela aje. Pendapatan pertama dari penulisan adalah dari RTM semasa rancangan remaja angkasapuri 1995. Menulis entah apa-apa. Memula tu sekadar hantar pendapat je berkenaan isu semasa. Tetiba dapat saguhati rm30. Try lagi menulis dan hantar ke rancangan tersebut. Dapat lagi 2,3 kali. Itulah kenangan dapat duit dari menulis zaman remaja.

Dah makin berusia ini mula terlibat dalam penjelajahan informasi dalam dunia internet sejak ketemu dengan blog2 otai internet yang semakin hari semakin mencapai kejayaan dan juga semenjak popularnya buku yang bertajuk RAHSIA JUTAWAN INTERNET TERBONGKAR, tulisan Dr. Irfan Khairi. Semenjak itulah saya kenali blog2 yang seangkatan dalam perjuangan perniagaan melalui internet.

Bermula dengan blog percuma sekadar suka-suka. NAMUN hasilnya tidak begitu menggalakkan lantaran terkejar-kejar tanpa haluan. Jika anda SERIUS dengan blog anda, dah tentu anda akan menghasilkan pulangan yang setimpalnya dengan usaha anda. Jika anda saja suka-suka, anda juga akan mengasilkan hasil yang suka-suka juga.

Sebenarnya perniagaan internet bukan mudah, tetapi ia menjadi mudah jika anda tahu caranya yang sebenar. Bukannya mengharapkan duit yang berjuta-juta dalam sekelip mata. Ia tidak semudah yang disangkakan.

Mereka yang melakar kejayaan dalam perniagaan internet tidak begitu teruja dengan habuan yang lumayan semata-mata bahkan mereka akan sama-sama bangkit untuk berjaya. Jika tidak mengapa penerbitan BLOGGING STEPS KIT mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.

Anda juga boleh bermula dari zero dan menjadi seperti mereka yang telah dan akan melakar kejayaan dengan blog yang tersendiri untuk membuat duit atau apa sahaja yang bermanfaat untuk diri sendiri atau orang lain.

Ingat , jangan terpengaruh dengan skim cepat kaya yang dikatakan boleh melingkupkan kehidupan ramai orang. Jangan sekali-kali percaya dengan jalan yang singkat untuk buat duit, tiada jalan singkat.

adesh… ini citer pasal saya atau nak buat posting kat sini?

emel : abdfatah75 (a) gmail dot com

contact form bleh guna jugak. tapi selalunya guna gmail aje laa buat masa ini…

Test contact form>>>

Your Name (required)

Your Email (required)

Subject

Your Message

(Visited 83 times, 1 visits today)

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2007-2017 Abdfatah.com All rights reserved.
This site is using the Desk Mess Mirrored theme, v2.5, from BuyNowShop.com.